Sunday, February 25, 2018

Program Daurah Kitab Khas: Sullamut Taufiq

Assalamualaikum w.b.t

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam dengan kerjasama Masjid Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program di atas seperti butiran berikut :




Tarikh                         : 25 Februari 2018 (Ahad )
                        Masa                           : 8.00 pagi – 5.00 petang
                        Tempat                       : Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim UTHM
            Penceramah              : Ustaz Shaykh Imran Angullia Al-Hafidz
                                                  (Pendakwah Bebas)
            Kitab                           : Sullamut Taufiq
            Yuran Penyertaan     : RM 10.00 sahaja 

2.        Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pembelajaran secara pondok moden untuk membudayakan majlis ilmu bertalaqqi(berguru) yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

3          Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk menyertai program ini sila berhubung dengan Ustazah Nor Fariza bt Mohd Shah (07-4533497) @ emailkan ke norfariza@uthm.edu.my  untuk pendaftaran staf dan Sdr. Hamirul Zulfitrie bin Zuraidie (017-7264778) untuk pendaftaran pelajar . Program ini akan dikira sebagai jam latihan / kursus. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 Februari 2018 (Selasa) dan penyertaan terhad kepada 100 orang sahaja.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD LOTFI BIN SOLIHAN
Ketua Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 3351


No comments: