Thursday, February 22, 2018

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2018M


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

      UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 7 (23)                                                     20 Februari 2018
_____________________________

PEKELILING AM BIL. 5 TAHUN 2018
_____________________________

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439 HIJRAH/2018 MASIHI
PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2018M sepertimana ketetapan berikut :

            Tarikh       :           22  Februari 2018 (Khamis)
            Masa       :         7.30 pagi hingga selesai                                                                  
            Tempat     :           Masjid Sultan Ibrahim UTHM

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1.             Sehubungan dengan itu, semua staf universiti yang beragama Islam adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh Universiti.

  1. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.      -     YBhg. Naib Canselor
            -     Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
            -     Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            -     Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
            -     Pengarah Kampus Pagoh
            -     Bendahari
            -     Ketua Pustakawan
            -     Penasihat Undang-Undang
            -     Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
            -     Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat)
            -     Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
            -     Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
            -     Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

ATURCARA

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H/2018M
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarikh : 22  Februari 2018 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim UTHM

07:30 pagi : Ketibaan Staf dan Pelajar di Padang Kawad

Taklimat

07:45 pagi : Perarakan daripada Padang Kawad ke Masjid Sultan Ibrahim

09:00 pagi : Ketibaan Perarakan di Masjid Sultan Ibrahim

09:00 pagi : Ketibaan VIP dan Tetamu Jemputan

: Bacaan Berzanji

: Selawat

12:00 tgh : Ceramah Maulidur Rasul S.A.W oleh :
Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang Al- Idrus

12:30 tgh : Penyampaian Cenderahati

: Jamuan/Bersurai

No comments: