Monday, October 23, 2017

Program Hari Integriti UTHM 2017


Assalamualaikum / Salam Sejahtera


YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan,


TERKINI : JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM HARI INTEGRITI UTHM 2017 DAN SESI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar akan menganjurkan Program Hari Integriti UTHM 2017. Sehubungan itu, pihak kami dengan ini amat berbesar hati ingin menjemput semua staf UTHM untuk menghadiri program tersebut seperti ketetapan berikut:-

            Tarikh              :           23 Oktober 2017 (Isnin)       
            Masa               :           8.00 pagi – 1.00 petang (Kehadiran Wajib)
                                                2.30 petang – 4.30 petang (Kehadiran Pilihan)
Tempat           :           Dewan Sultan Ibrahim
                                    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


3.      Pihak kami ingin memaklumkan bahawa kehadiran semua staf adalah DIWAJIBKAN bagi sesi yang dinyatakan di atas dan pengecualian adalah diberikan kepada staf yang mempunyai tugasan rasmi yang telah ditetapkan. Justeru, pihak kami memohon agar YBhg. Prof. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan dapat membantu memastikan semua PTJ dapat membuat membuat persediaan dan pemakluman awal kepada pelanggan PTJ bagi memastikan operasi PTJ dapat dirancang untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 

Semoga mendapat perhatian dan bantuan selanjutnya. Kerjasama YBhg. Prof. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan berkaitan perkara ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


NORLIAH BINTI YAAKUB
Pengarah
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia}
' 07-453 7519


TENTATIF PROGRAM HARI INTEGRITI UTHM 2017
DEWAN SULTAN IBRAHIM, UTHM
23 OKTOBER 2017 (ISNIN)

8.30 pagi : Ketibaan Staf / Tetamu Jemputan

8.45 pagi : Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

8.50 pagi : Ketibaan YBhg Naib Canselor
: Ketibaan YBhg Pengarah Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah (SPRM) Negeri Johor

9.00 pagi : Majlis Perasmian & Ikrar Bebas Rasuah
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Oleh YBhg Naib Canselor UTHM
: Ucapan Perasmian Oleh YBhg Pengarah SPRM
Negeri Johor
: Sesi Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
: Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
: Simbolik Penyerahan IBR kepada YBhg Pengarah
SPRM Negeri Johor
: Sesi Penyampaian Cenderamata
: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
: Sesi Fotografi

10.00 pagi : Minum Pagi

10.30 pagi : Bicara Integriti 1
Tajuk : ‘Tumbuk Rusuk Duit Panadol :
Pengkisahan Dari Tiang Besi’
Oleh : Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan
Bekas Majistret / CJ Global Venture

1.00 petang : Rehat

Bicara Integriti 2
2.30 petang : Tajuk : ‘Diri Berintegriti, Organisasi Berkualiti’
Oleh : Tuan Haji Norazman bin Amat
Ketua Kaunselor,
Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan
4.45 petang : Minum petang / bersurai


No comments: