Saturday, October 7, 2017

Perarakan Town & Gown UTHM Kali Ke-9 Sempena Konvokesyen Kali Ke-17


Perarakan Town & Gown UTHM Kali Ke-9 Sempena Konvokesyen Kali Ke-17
Tarikh : 7 Oktober 2017
Masa : 7.45 Malam

Tempat :Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim

Perarakan Town & Gown ini merupakan kali yang kesembilan dianjurkan bertujuan untuk memberitahu seluruh penduduk di daerah Batu Pahat akan penganjuran Majlis Konvokesyen Ke-17 UTHM yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober yang akan datang.

Berdasarkan sejarah, perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai Communiversity Celebration seperti ini merupakan satu amalan turun temurun beberapa universiti ternama di luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor. Di semenanjung Malaysia, UTHM merupakan IPT yang pertama yang mengadakan perarakan seperti ini.

No comments: