Tuesday, March 28, 2017

Public Lecture sempena penganjuran CEO@Faculty Programme (CFP), UTHM 2017


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (82)                                                     22 Mac 2017

_____________________________

PEKELILING AM BIL.12 TAHUN 2017
_____________________________

”PUBLIC LECTURE” SEMPENA PENGANJURAN CEO@FACULTY PROGRAMME” UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) akan mengadakan ”Public Lecture” sempena penganjuran “CEO@Faculty Programme (CFP)”, UTHM 2017 seperti ketetapan berikut:

          Tarikh           :        28 Mac 2017 (Selasa)
          Masa            :        9.30 pagi
          Tempat         :        Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
                                                                               
  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR sebagai menunjukkan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Ketua Kampus Cawangan Pagoh
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/SSAS/na/22032017/Pekeliling Am UTHM


CEO@Faculty Programme UTHM 2017
Bersama Dato’ Wei Chuan Beng
Pengarah Urusan, Redtone International Berhad

Tarikh: 28 Mac 2017 (Selasa)

Tempat : Bilik Bankuet, Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTHM

**********************************************


09.30 pagi - Pendaftaran tetamu, staf akademik dan pelajar


10.00 pagi - Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor, UTHM


- Ketibaan Dato’ Wei Chuan Beng
Founder and Managing Director, Redtone International Berhad


10.20 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor


10.30 pagi - “Public Lecture” : ENTREPRENEURSHIP-FINDING YOUR FIRST CUSTOMER” oleh Dato’ Wei Chuan Beng Founder and Managing Director, Redtone International Berhad

12.20 tgh - Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
- Penyampaian Cenderamata kepada Dato’ Wei Chuan Beng
- Sesi Bergambar
- Makan tengahari

No comments: