Wednesday, March 8, 2017

Program Don’t Sell Yourself Short


Assalamualaikum/salam Sejahtera


Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof/Tuan/Puan

PROGRAM DON'T SELL YOURSELF SHORT

Tarikh    : 8 dan 9 Mac 2017
Masa       : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat   : Bilik Seminar 1, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Sebagai makluman semua, Program Don’t Sell Yourself Short adalah satu program untuk membantu individu yang berbakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang yang berbeza-beza bagi menterjemahkan bakat tersebut sebagai pendapatan sampingan atau bertukar menjadi pendapatan tetap. Program ini dilihat mampu membangunkan ekonomi dan menggalakkan aktiviti keusahawanan khususnya di Negeri Johor terutama kepada peniaga mikro yang masih muda dan ingin mengembangkan perniagaan mereka melalui perkhidmatan yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pakar-pakar dalam pelbagai sektor dan bidang samada akademik atau bukan akademik untuk menembusi pasaran diluar zon selesa mereka.

Sehubungan itu, pihak PHUM dengan rasa berbesar hati ingin mengalu-alukan kehadiran seluruh warga UTHM untuk menyertai program ini. Peserta yang berminat boleh terus menghubungi Pn Nana di talian +0176537678 atau di talian +6074537129 (En Hamsan) untuk membuat pendaftaran awal. Peserta yang hadir akan dibekalkan dengan nota, makan dan minum serta sijil. Pelbagai aktiviti sampingan akan dijalankan seperti cabutan bertuah, innovation food, jualan murah tudung dan baju. 

Kehadiran seluruh warga UTHM amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Anim Zalina Azizan
Head of Department
University and Community Relations Office
+607-4537148

Lecturer
Department of Management and Technology
Faculty of Technology Management and Business
University Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor 
MALAYSIA
+607-4533923
+60176537678
animz@uthm.edu.my

No comments: