UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (58) 6 Disember 2016
_____________________________PEKELILING AM BIL. 46 TAHUN 2016
_____________________________
MAJLIS REFLEKSI PENCAPAIAN KPI UTHM BAGI AKHIR TAHUN 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Refleksi Pencapaian KPI UTHM Bagi Akhir Tahun 2016sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Disember 2016 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi -12.00 tengahari
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
- Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
- Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. Staf dikehendaki merekodkan kehadiran di Dewan Tunku Mahkota Ismail.
- Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus.
- Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Menjalankan fungsi Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
AHAR/SSAS/s/6.12.2016/pekeliling am UTHM
No comments:
Post a Comment