Monday, December 19, 2016

Anugerah Kolej Kediaman 2016 (AKK16)


PROGRAM ANUGERAH KOLEJ KEDIAMAN 2016 (AKK’16) ANJURAN MAJLIS PENGETUA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Y. Bhg Prof. Dato/ Prof./ Dr/ Tuan/ Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan “Anugerah Kolej Kediaman 2016 (AKK’16)”sepertimana ketetapan yang berikut:-
Tarikh        :          19 Disember 2016 ( Isnin )
Masa         :           8.00 malam
Tempat      :           Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
3. Untuk pengetahuan semua, acara ini akan disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Timbalan Menteri Mentor UTHM. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar UTHM khususnya yang telah menunjukkan khidmat cemerlang dalam membantu Kolej Kediaman dalam usaha mendidik sahsiah dan kebajikan pelajar. Penglibatan pelajar secara langsung dalam penganjuran pelbagai aktiviti dapat memberi ruang dan peluang menunjukkan bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
Sekian,Harap maklum
Terima Kasih


KHAIRULAKMAL HJ KAMALUDIN
Pengarah Program
Anugerah Kolej Kediaman 2016 (AKK’16)
Anjuran Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UTHM
Tel: 074537890 / 0107178121

No comments: