Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,
Y.Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MEMERIAHKAN PROGRAM FOOD INTECH 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pelajar Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan mengadakan program seperti butiran berikut:
Nama program : FOOD INTECH 2016
Tarikh program : 24, 25 dan 26 April 2016
Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Tapak parkir ATM, Dataran Terbuka, DTMI, UTHM
3. Program yang berlangsung selama tiga hari ini merangkumi acara indoor dan outdoor yang amat menarik untuk diikuti.
- Bagi kakitangan yang berminat untuk menceburi perniagaan dalam industri makanan, program ini merupakan langkah awal untuk mengetahui potensi perniagaaan yang sesuai diterajui melalui Seminar Kenali Bisnes Anda danProgram Transformasi Minda Usahawan.
- Pendedahan tentang peluang, cabaran dalam industri makananan akan dikupas dengan lebih lanjut dalam slot Sembang Santai oleh panel-panel yang berpengalaman dalam industri ini.
Bersama-sama ini dilampirkan poster berkenaan program tersebut untuk rujukan.
4. Sehubungan dengan itu kehadiran Y. Bhg. Prof Dato'/Prof./Tuan/Puan adalah dialu-alukan. Kesudian memeriahkan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
“ DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA ”
Yang benar,
DR FARIDAH BT KORMIN
Penyelaras program ‘FOOD INTECH 2016’
Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
( 0127352912
No comments:
Post a Comment