Tuesday, April 26, 2016

Chairman Lecture Series (CLS) Siri IV April 2016


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (19)                                                                  17 April 2016
                                                                        
_______________________________ 
PEKELILING AM BIL. 12 TAHUN 2016
_____________________________

MAJLIS CHAIRMAN LECTURE SERIES (CLS) SIRI IV
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Chairman Lecture Series (CLS) Siri IV sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh          :        26 April 2016 (Selasa)
          Masa            :        10.00 pagi
          Tempat         :        Dewan Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
         Pemidato      :      YBhg. Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim (Pengarah Jurutera Perunding GEA (M) Sdn. Bhd.)
                             
                 

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/seminar/ kursus.

  1.             Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

 s.k.    -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

 AHAR/SSAS/s/17.04.2016/Pekeliling Am UTHM


ATUR CARA
MAJLIS CHAIRMAN LECTURE SERIES (CLS) SIRI IV
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

**********************************************

10:00 pagi     :        Ketibaan Staf dan Pelajar
10.15 pagi     :        Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
10:20 pagi     :        Ketibaan YBhg Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim
                             Pengarah Jurutera Perunding GEA (M) Sdn. Bhd.

10:25 pagi     :        Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Nod bin Dalimin
                             Naib Canselor UTHM
                       
10:30 pagi     :        Ketibaan YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir Jamilus bin Md Hussin
                             Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM

10.35 pagi     :        Perarakan Masuk Pemidato ‘Chairman Lecture Series’ diiring oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi LPU UTHM,
                            YBhg. Ahli Lembaga Pengarah UTHM, YBhg. Datuk Naib Canselor dan Pegawai Kanan Universiti

         10:40 pagi      :        Lagu Bangsa Johor

                   :        Lagu Negaraku

                   :        Bacaan Doa Majlis

                        :        Pengenalan Pemidato Oleh YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir Jamilus bin Md Hussin

 

                        :        ‘Chairman Lecture Series Oleh YBhg. Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim

                       
                   :        Sesi Soal Jawab

                   :        Penyampaian Cenderamata

                              
                            :        Lagu Gemilang UTHM
 
                   :        Jamuan Tengahari
                   :        Bersurai

No comments: