UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (19) 17 April 2016
_______________________________
PEKELILING AM BIL. 12 TAHUN 2016
_____________________________
MAJLIS CHAIRMAN LECTURE SERIES (CLS) SIRI IV
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Chairman Lecture Series (CLS) Siri IV sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 26 April 2016 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
Pemidato : YBhg. Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim (Pengarah Jurutera Perunding GEA (M) Sdn. Bhd.)
- Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
- Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan
- Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/seminar/ kursus.
- Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Datuk Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
AHAR/SSAS/s/17.04.2016/Pekeliling Am UTHM
ATUR CARA
MAJLIS CHAIRMAN LECTURE SERIES (CLS) SIRI IV
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
**********************************************
10:00 pagi : Ketibaan Staf dan Pelajar
10.15 pagi : Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
10:20 pagi : Ketibaan YBhg Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim
Pengarah Jurutera Perunding GEA (M) Sdn. Bhd.
10:25 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Nod bin Dalimin
Naib Canselor UTHM
10:30 pagi : Ketibaan YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir Jamilus bin Md Hussin
Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM
10.35 pagi : Perarakan Masuk Pemidato ‘Chairman Lecture Series’ diiring oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi LPU UTHM,
YBhg. Ahli Lembaga Pengarah UTHM, YBhg. Datuk Naib Canselor dan Pegawai Kanan Universiti
10:40 pagi : Lagu Bangsa Johor
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa Majlis
: Pengenalan Pemidato Oleh YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir Jamilus bin Md Hussin
: ‘Chairman Lecture Series Oleh YBhg. Tuan Ir. Shaik Abdul Wahed bin Dato’ Hj. Rahim
: Sesi Soal Jawab
: Penyampaian Cenderamata
: Lagu Gemilang UTHM
: Jamuan Tengahari
: Bersurai