Monday, December 7, 2015

Majlis Syarahan Perdana UTHM SIRI 2/2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (137)                                                 3 Disember 2015

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 58 TAHUN 2015
_____________________________

MAJLIS SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana UTHM SIRI 2/2015 sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh          :        7 Disember 2015 (Isnin)
          Masa            :        9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
          Tempat        :        Dewan Banquet
                                      Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
                             Pemidato      :        Yg. Berbahagia Profesor Dr. Mohd Idrus B Mohd Masirin                
                                                         Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

  1.             Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100




s.k.     -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit






AHAR/NK/s/2.12.2015/pekeliling am UTHM





ATURCARA
MAJLIS SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
DEWAN BANQUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM
7 DISEMBER 2015

**********************************************

9.00 pagi : Tetamu mengambil tempat

10.05 pagi : Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik gamelan

Perarakan masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pendaftar

: Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor

: Bacaan Doa

: YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana

: Syarahan Perdana oleh Pemidato
Yg. Berbahagia Profesor Dr. Mohd Idrus B Mohd Masirin
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar

Tajuk Syarahan :Exploring Sustainability In Transportation Engineering

: YBhg. Naib Timbalan Canselor (Akademik & Antarabangsa) memberi ulasan dan menutup majlis

: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana

: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

: Perarakan Keluar

12.00 t/hari : Jamuan dan Bersurai

No comments: