Friday, December 11, 2015

Concert Amal (Concert4Heart)

Concert Amal (Concert4Heart)

Kepada, Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM CONCERT AMAL (CONCERT4HEART)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Muzik Moden bersama Pusat Kokurikulum akan menganjurkan program Concert amal (CONCERT4HEART) sepertimana butiran berikut: 

Tarikh    : 11 Disember 2015 (Jumaat) 
Masa    : 7.45 malam - 11.00 malam 
Tempat    : Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM 
Harga Tiket   : RM5 setiap orang 
VVIP    : Tn. Hj. Adi Putra (Pelakon)

3. Tujuan program ini adalah untuk mengetengahkan bakat dan ilmu seni muzik melalui pelaksanaan di atas pentas sambil menghiburkan penonton. Di samping itu, program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan sumbangan amal. Kutipan sumbangan sebanyak RM5 bagi satu tiket kemasukan akan dikenakan dan hasil kutipan tersebut akan disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Johor I-Care Society.


4. Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berbesar hati ingin menjemput  staf dan pelajar UTHM untuk menyertai program ini. Oleh yang demikian, kepada staf dan pelajar yang berminat boleh membeli tiket pada hari program tersebut. Sila menghubungi Ahmad Fikri Mohamed (017-7407034) atau Latif Fadzillah (012-7067565) atau melayari facebook rasmi program https://www.facebook.com/CONCERT4HEART2015/

Segala kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg.Datuk / Dato' / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan / Saudara / Saudari amat kami hargai.

Sekian terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang Benar, 

AHMAD FIKRI BIN MOHAMED
Pengarah Program
Kursus Musik Moden (UQB 10501)
Pusat Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

No comments: