UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (130) 17 November 2015
_____________________________
PEKELILING AM BIL. 54 TAHUN 2015
_____________________________
PROGRAM SYARAHAN : HIKMAH ULAMA’ @ UNIVERSITI SEMPENA PENERIMAAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH SAINS (PEMBANGUNAN INSAN) DAN
MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) UTHM-MAIJ
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor akan menganjurkan Program Syarahan dan Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) UTHM-MAIJ sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 19 November 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)Penceramah: YBhg. Dato’ Hj Nooh Bin Gadot
Penasihat MAIJ
Tajuk : Hikmah Ulama'@Universiti
Krisis Paradigma Tauhid: Kegagalan Graduan Holistik
- Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
- Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.
- Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Datuk Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
AHAR/NK/s/15.11.2015/pekeliling am UTHM
No comments:
Post a Comment