Friday, November 20, 2015

Majlis Perasmian Masjid Sultan Ibrahim UTHM


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (131)                                            17 November 2015

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 55 TAHUN 2015
_____________________________

MAJLIS PERASMIAN MASJID SULTAN IBRAHIM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti menganjurkan Majlis Perasmian Masjid Sultan Ibrahim sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh         :        20 November 2015 (Jumaat)
                                      8 Safar 1437H
          Masa           :        12.00 tengahari
          Tempat       :        Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
                                                                               
  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.    -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/NK/s/17.11.2015/pekeliling am UTHM


ATURCARA
MAJLIS PERASMIAN MASJID SULTAN IBRAHIM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
PADA HARI JUMAAT,
20 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 08 SAFAR 1437H 

**********************************************

12.00 Tengahari - Ketibaan para jemputan dan Dif-Dif kehormat

12.15 Tengahari - Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor

12.20 Tengahari - Ketibaan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim bin Ramli, Yang Dipertua Jemaah Majlis Diraja Johor

12.25 Tengahari - Keberangkatan Tiba Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor

12.30 Tengahari - Keberangkatan Tiba Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor

12.35 Tengahari - Keberangkatan Tiba Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor

12.40 Tengahari - Keberangkatan Tiba Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor

12.45 Tengahari - Keberangkatan Tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

12.50 Tengahari - Keberangkatan Tiba Duli Yang Amat Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta’zim

- Duli Yang Amat Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mencemar duli menandatangani plak dan menarik tirai perasmian masjid

- Bacaan doa oleh Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor.

12.57 Tengahari - Masuk Waktu Solat Fardhu Jumaat.

No comments: