UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (127) 12 November 2015
_____________________________
PEKELILING AM BIL. 53 TAHUN 2015
_____________________________
MAJLIS SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana UTHM SIRI 1/2015 sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 23 November 2015 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Banquet
Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
Pemidato : Yg. Berbahagia Profesor Dr. Ismail bin Abd Rahman
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
- Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satukriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
- Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.
- Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.
- Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Datuk Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
ATURCARA
MAJLIS
SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI
TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
DEWAN
BANQUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM
23
NOVEMBER 2015
**********************************************
9.00
pagi : Tetamu mengambil tempat
10.05
pagi : Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik
gamelan
Perarakan
masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan
diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pendaftar
: Nyanyian
Lagu
Negaraku
Nyanyian
Lagu Bangsa
Johor
: Bacaan
Doa
: YBhg.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) memperkenalkan
Pemidato Syarahan Perdana
: Syarahan
Perdana oleh Pemidato
Yg.
Berbahagia Profesor Dr. Ismail bin Abd Rahman
Fakulti
Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
Tajuk
Syarahan :
” Issues
And Investigation On Construction Waste Generation”
: YBhg.
Naib Timbalan Canselor (Akademik
& Antarabangsa) memberi
ulasan dan menutup majlis
: Penyampaian
Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana
: Nyanyian
Lagu Gemilang UTHM
: Perarakan
Keluar
12.00
t/hari : Jamuan dan Bersurai