Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM “TABUNG BENCANA NEPAL KE ARAH KELESTARIAN WARISAN DUNIA”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan (FPTP) dengan kerjasama Melaka World Heritage Office (MWHSB)
akan menganjurkan program "TABUNG BENCANA NEPAL KE ARAH KELESTARIAN WARISAN DUNIA”. Program ini akan diadakan sebagaimana butiran berikut:
Tarikh: 10 Jun 2015 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Auditorium Al-Jazari, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3. Justeru,
Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan dengan ini adalah dijemput hadir ke program
ini dan semoga mendapat manfaat jua. Kehadiran ke program ini akan
direkodkan dan diambil kira di dalam jam kursus staf oleh pihak Pejabat
Pendaftar.
4. Untuk makluman Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan, bersempena dengan program ini juga, TABUNG KUTIPAN DERMA telah diedarkan di setiap PTJ utk tujuan kutipan derma.
Oleh itu, Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan adalah dipohon untuk sama-sama
menderma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana di
Nepal.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang menjalankan tugas,
EN. INDERA SYAHRUL MAT RADZUAN
Pengarah
Program Tabung Bencana Nepal ke Arah Kelestarian Warisan Dunia
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
samb. 3900
No comments:
Post a Comment