Tuesday, February 17, 2015

Majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2015


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (31) 2 Februari 2015

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 5 TAHUN 2015
_____________________________

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU NAIB CANSELOR 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

 Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2015 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh   :      17 Februari 2015 (Selasa)
    Masa    :      8.15 pagi-12.00 tengahari
    Tempat :     Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. Staf dikehendaki merekodkan kehadiran datang dan pulang di Dewan Sultan Ibrahim. Semua staf dikehendaki duduk di bahagian yang telah dikhaskan mengikut Fakulti/PTj masing-masing semasa majlis berlangsung.

4. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus.

5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100


s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/NK/ss/02.02.2015/pekeliling am UTHM



ATUR CARA
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU NAIB CANSELOR 2015
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

**********************************************

8:15 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti

8:30 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM (YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin)


8:35 pagi : Bacaan Doa Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor (YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin)


8:45 pagi : Ucapan Alu-Aluan Pengarah PPSK  (YBhg. Prof. Ayob bin Johari )

9:00 pagi : Majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2015 (YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin)


11:00 pagi : Penyampaian pemenang Anugerah Audit Dalaman 5S UTHM 2014


11:45 pagi : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM.

12:00 t/hari : Jamuan Ringan dan Majlis Bersurai

No comments: