Thursday, January 29, 2015

VIVA - 1) YEE SEE KHEE (PEE) 2) WADHAH ABDO MOHAMMED AL-ASHWAL (KEE)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan dua (2) peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar         : Yee See Khee
Program                 : Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik
Tarikh                     : 29 Januari 2019 (Khamis)
Masa                      : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                   : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama     : Prof. Dr. Mohd Zarar bin Mohd Jenu
Pemeriksa Luar     : Prof. Dr. Syed Idris bin Syed Hassan (UNIMAP)
Pemeriksa Dalam  : Dr. Samsul Haimi bin Dahlan
Pengerusi              : Prof. Dr. Sulaiman bin Hasan
Tajuk Tesis            : ELECTROMAGNETIC SHIELDING EFFECTIVENESS OF CEMENT POWDER MIXED WITH GRAPHITE FOR MITIGATION AGAINST
                                ELECTROMAGNETIC INTERFERENCE
 
 
Nama Pelajar         : Wadhah Abdo Mohammed Al-Ashwal
Program                 : Sarjana Kejuruteraan Elektrik
Tarikh                     : 29 Januari 2019 (Khamis)
Masa                      : 10.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                  : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama     : Dr. Khairun Nidzam bin Ramli
Pemeriksa Luar     : Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Ahmad (UTeM)
Pemeriksa Dalam  : Dr. Shipun Anuar bin Hamzah
Pengerusi              : Prof. Madya Dr. Mohd Amri bin Lajis
Tajuk Tesis            : COMPACT PLANAR ULTRA WIDEBAND ANTENNA FOR ON-BODY APPLICATIONS 
 
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Thursday, January 22, 2015

VIVA - NUR FATIHAH BTE MUHAMAD HANAFI (KFA)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar             : Nur Fatihah bte Muhamad Hanafi
Program                     : Sarjana Kejuruteraan Awam
Tarikh                         : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa                          : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                       : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama         : Prof. Madya Dr. Zawawi bin Daud
Pemeriksa Luar         : Dr. Husnul Azan bin Tajarudin (USM)
Pemeriksa Dalam      : Dr. Rafidah bte Hamdan
Pengerusi                  : Prof. Madya Dr. Zainal Abidin bin Akasah
Tajuk Tesis                : LANDFILL LEACHATE TREATMENT BY COMBINED ELECTRO-FENTON AND SEQUENCING BATCH REACTOR METHOD 
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.
Sekian,

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Tuesday, January 20, 2015

Mesyuarat Pengurusan Organisasi bagi Pegawai Tertinggi UTHM 2015 (RETREAT) anjuran Pejabat Naib Canselor

Mesyuarat Pengurusan Organisasi bagi Pegawai Tertinggi UTHM 2015 (RETREAT) anjuran Pejabat Naib Canselor

Tarikh : 20~22 Januari 2015 (Selasa~Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Thursday, January 8, 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir UTHM ke Gua Musang, Kelantan

Misi Bantuan Pasca Banjir UTHM ke Gua Musang, Kelantan

Tarikh : 8~11 Januari 2015 (Khamis~Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Gua Musang, Kelantan

Pelajar Antarabangsa UTHM sertai Misi Bantuan Pasca Banjir 
Atas dasar tanggungjawab sosial tanpa mengira agama, bangsa dan negara, sekumpulan pelajar antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terpanggil untuk menyertai misi bantuan pasca banjir UTHM ke Gua Musang, Kelantan pada 8 hingga 11 Januari lalu.

Kumpulan pelajar yang berasal dari Indonesia, Nigeria, Yaman dan Libya tersebut adalah antara ratusan sukarelawan UTHM yang terlibat dengan misi pembersihan kawasan sekolah di daerah itu yang lumpuh akibat banjir baru-baru ini.

Walaupun berbeza bahasa, pelajar-pelajar tersebut cepat membiasakan diri berinteraksi dengan penduduk setempat sekali gus menunjukkan kesungguhan masing-masing dalam melakukan aktiviti gotong royong tersebut.

Abu Bakar Siddiq Usman, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan yang menyertai misi tersebut berkata bencana tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan dan kehilangan harta benda, malah turut mengganggu emosi mangsa sehingga memberi tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

“Misi kami ke sana bukan sahaja ingin menyumbang tenaga dan mengedarkan barangan keperluan,tetapi juga ingin memberi sokongan moral kepada mangsa terlibat agar mereka dapat menjalani kembali kehidupan seperti biasa,” katanya.

Menurut Abu Bakar lagi, ini adalah kali pertama beliau dan rakan-rakannya melihat kemusnahan yang teruk kesan daripada bencana ini. Seluruh kawasan sekolah, kediaman penduduk dan bangunan awam dipenuhi dengan lumpur tebal. Keadaan menjadi lebih sukar apabila penduduk menghadapi masalah kekurangan air bersih dan terputus bekalan tenaga elektrik .

Sepanjang empat hari berada di sana, beliau kagum melihat keperihatinan rakyat Malaysia yang tidak putus menghulurkan bantuan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai dan air yang masih belum surut di beberapa kawasan.

“Bila melihat badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat swasta dari serata negeri hadir membawa misi yang sama, ianya menguatkan lagi semangat kami untuk bekerja keras membantu mengurangkan beban mangsa,” katanya lagi.

Selain pembersihan kawasan sekolah, mereka juga turut terlibat dalam aktiviti pembersihan kediaman salah seorang pelajar UTHM yg terjejas teruk akibat banjir. Selain itu, mereka turut menyertai kumpulan sukarelawan mengedarkan sumbangan berbentuk barang keperluan termasuklah makanan dan juga bekalan gas dari rumah ke rumah mangsa.

UTHM mula menghantar bantuan kemanusiaan sejak 28 Disember lalu ke beberapa kawasan di negeri Pahang dan Kelantan seperti Kuala Lipis, Temerloh, Jerantut dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Terkini, UTHM baru sahaja menghantar 38 orang tenaga pakarnya ke Gua Musang bagi membantu kerja-kerja teknikal di sana. Bantuan kemanusiaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga keadaan kembali pulih.