Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato'/Prof/Tuan/Puan,
RESEARCH & INNOVATION FESTIVAL 2014 (R&I FEST) DAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2014
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan,
Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC) akan menganjurkan R&I Fest 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang dijadualkan pada 2 & 3 November 2014 (Ahad – Isnin).
3.
Sehubungan itu, ORICC dengan berbesar hati ingin menjemput seluruh
warga universiti untuk bersama memeriahkan lagi program yang berlangsung
seperti berikut:
Tarikh/ Masa
|
Program
|
2 & 3 Nov. 2014 (Ahad)
8.30 am – 4.30 pm
|
R & I Fest 2014
(Perasmian Oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II)
|
3 Nov 2014 (Isnin)
2.00 pm – 5.00 pm
|
Majlis Penyampaian Hadiah R&I Fest 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014
|
4. Dimaklumkan juga bahawa sesi perkongsian ilmu bertajuk “Perlindungan Harta Intelek” bersama Perbadangan Harta Intelek Malaysia akan diadakan pada 3 November 2014, jam 10.00 pagi. Bersama-sama ini dilampirkan Aturcara Program untuk makluman warga universiti. Sehubungan itu, semua staf UTHM adalah dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Kehadiran YBhg. Prof. Dato'/Prof/Tuan/Puan akan direkodkan dalam jam kursus/latihan.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
----
HAWA OMAR
Timbalan Pendaftar
Timbalan Pendaftar
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07-4538307 l Faks : 07-4538399
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07-4538307 l Faks : 07-4538399
ATUR CARA PROGRAM
RESEARCH AND INNOVATION FESTIVAL 2014 (R & I FEST 2014) DAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2014
2 & 3 November 2014 (Ahad & Isnin)
Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 November 2014 (Ahad)
08.00 – 8.30 pagi : Ketibaan Peserta Pameran dan Jemputan
08.30 – 4.30 petang : Pameran Penyelidikan dan Inovasi
10.30 pagi : Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Idris bin Hj. Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia
10.45 pagi : Lagu “Negaraku”
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin (Naib Canselor UTHM )
11.10
pagi : Bicara Pemimpin Bersama Yang
Berhormat Dato' Seri Hj. Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian
Pendidikan Malaysia “Kelestarian Pendidikan Negara:
Adakah Universiti Masih
Relevan di Kaca Mata Industri?”
Gimik Perasmian “Research and Innovation Festival 2014”
Upacara Menandatangani MoU
12.45 tengahari : Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke Gerai Pameran
Jamuan Makan Tengahari
3 November 2014 (Isnin)
08.30 – 4.30 petang : Pameran Penyelidikan dan Inovasi
10.30 pagi : Ketibaan YBhg Prof. Dr. Wahid Razzaly
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM
Lagu “Negaraku”
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan YBhg. Prof. Hj. Ayob Johari
Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) UTHM
11.00 pagi : Sesi Perkongsian Ilmu ”Perlindungan Harta Intelek”
Bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia
12.00 tengahari : Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke Gerai Pameran
Jamuan Makan Tengahari
3 November 2014 (Isnin)
1.30 petang : Pendaftaran Penerima Hadiah dan Anugerah
2.00 – 2.30 petang : Ketibaan Jemputan
2.30 petang : Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin ( Naib Canselor UTHM)
Lagu “Negaraku”
Bacaan Doa
Bacaan Doa
2.50 - 3.15 petang : Ucapan Perasmian Majlis “Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014” Oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
3.15
petang : Majlis Penyampaian Hadiah
“Research and Innovation Festival 2014” Oleh YBhg. Prof. Dr. Wahid
Razzaly
3.45
petang : Majlis Penyampaian “Anugerah
Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014” Oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr.
Mohd. Noh Dalimin
4.15 petang : Lagu “Gemilang UTHM”
Minum Petang
Bersurai
No comments:
Post a Comment