Saturday, September 27, 2014

Program Perarakan Town & Gown Sempena Pelancaran Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM


Program Perarakan Town & Gown Sempena Pelancaran Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 (  106   )                                         22   September 2014
________________________________

PEKELILING AM BIL. 93 TAHUN 2014
_________________________________

PROGRAM PERARAKAN ‘TOWN AND GOWN’ SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTHM KALI KE-14

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program Perarakan ‘Town and Gown’ sempena Majlis Konvokesyen UTHM Kali ke-14 mengikut ketetapan berikut:

          Tarikh         :        27 September 2014 (Sabtu)
          Masa           :        8.30 malam – 9.20 malam
          Tempat       :        Bermula di Jalan Rahmat
                            dan berakhir di Dataran Penggaram


 Majlis Perasmian dan Perisytiharan Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke-14
                   
                     Masa          :        9.30 malam – 11.00 malam
                    Tempat       :        Dataran Penggaram

2.       Program ini bertujuan untuk mempromosikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai sebuah Universiti pilihan pelajar dan ibu bapa serta menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu produk pelancongan yang menjadi daya tarikan unik pelancong berkunjung ke Batu Pahat.

3.       Di samping program perarakan tersebut, Universiti turut menganjurkan beberapa acara promosi iaitu Klinik Bola Sepak, Pameran Kembara Mahkota Johor, Sesi Bersama Lagenda Pemain Bola Sepak Johor dan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara UTHM dan Lagenda Bola Sepak Negeri Johor yang turut berlangsung di lokasi yang sama bermula 8.30 pagi – 6.00 petang.

4.       Sehubungan itu, semua warga Universiti dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi program perarakan ini. Bagi peserta yang terlibat di dalam kontinjen perarakan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.



Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
Samb: 7100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan   Fasiliti dan                                 ICT)
-        Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Industri)
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-        Majlis Perwakilan Pelajar 

TENTATIF ATURCARA PROGRAM
PERARAKAN TOWN & GOWN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-14
27 SEPTEMBER 2014


PROGRAM/AKTIVITI (SIANG)
8.30 pg        -        Klinik Bola kendalian Lagenda bintang bola sepak Johor                                          
                            (Lokasi : Stadium Hoki)

10.00pg       -        Pameran Kembara Mahkota Johor
                            (Lokasi : Jalan Pegawai Dataran Penggaram)

5.00ptg        -        Perlawanan Bola sepak Persabahatan UTHM vs 12 Legenda Bola Sepak Johor
                    (Lokasi : Stadium Batu Pahat)
-                     
                                       Sesi Lagenda Pemain Bola Sepak Johor bersama peminat

PERGERAKAN PESERTA PERARAKAN

4.30 ptg       -        Berkumpul di Bus Stop UTHM
                             (Trip Pertama MPP/Persatuan Pelajar / Kelab /Pasukan Beruniform/Pelajar Antarabangsa)                                                                   
5.30 ptg                          -        Berkumpul di Bus Stop UTHM (Trip Kedua – Kontinjen Fakulti/Kontinjen Lain /Staf)
6.00 ptg                          -        Ketibaan Peseta
                                      -        Makan Malam di Stadium Batu Pahat
                                      -        Solat Maghrib di Masjid Dato’ Bentara Luar
7.45 mlm                        -        Berkumpul di padang Stadium Batu Pahat
8.00 mlm                        -        Kontinjen bergerak dari Stadium Batu Pahat ke Jalan Rahmat
8.35 mlm                        -        Perarakan Town and Gown bermula


9.30 mlm     -        Ketibaan VVIP di Dataran Penggaram
                   -        Nyanyian Lagu Bangsa Johor
                   -        Nyanyian Lagu Negaraku
                   -        Tarian Pembukaan
                   -        Ucapan Aluan Dato’ Naib Canselor
                   -        Ucapan Perasmian YAB Menteri Besar
                   -        Perisytiharan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14
                   -        Penyerahan Skrol Perisytiharan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14
                   -        Penyampaian Cenderahati
                   -        Persembahan Artis Jemputan
                   -        Jamuan Malam untuk VVIP dan VIP
11.00 mlm    -        Bersurai
                   -        Berkumpul di sebelah stadium (Trip Pertama – Kontinjen Fakulti/Kontinjen Lain/Staf)
                   -        (Jamuan Minum Malam untuk VIP di Kelab Batu Pahat)
11.45 mlm    -        Bas VIP Bergerak ke Hotel
12.30 pagi    -        Berkumpul di sebelah stadium
                   (Trip Kedua – MPP/Pelajar Antarabangsa / Kelab  Persatuan Pelajar / Pasukan Beruniform – ikut kolej kediaman)

No comments: