Friday, September 26, 2014

Membaca @ BP (Pesta Buku Daerah) 2014





Tarikh : 26 September 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00~5.00 petang
Program : Bedah Buku Dakwah Biar Santai Tapi Sampai, Prof Madya Dr. Haji Mohd Nor Bin Mamat, UiTM.
Sesi Forum : Ustaz Amiro Safwan & Ustaz Sofian Rosali, Pegawai Hal Ehwal Agama, Kumpulan Media Karangkraf


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan,

“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM PESTA BUKU DAERAH ANJURAN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf akan menganjurkan program Pesta Buku Daerah sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 26/09/14 sehingga 29/09/14 (Jumaat - Isnin)
Tempat : Aras Satu, Square One Shopping Complex Batu Pahat
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Aturcara Program : Seperti di lampiran

2.         Program ini yang bertemakan Membaca @ BP merupakan satu platform untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai golongan dan latar belakang.   Selain itu, staf akademik juga turut dijemput untuk membuat pemilihan bahan untuk koleksi Perpustakaan. Semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi program ini.

Semoga pihak Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan  dapat memanjangkan perkara tersebut kepada semua warga UTHM di jabatan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Jawatankuasa Promosi
Pesta Buku Daerah
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
haslini@uthm.edu.my
07-4533328

No comments: