Wednesday, August 20, 2014

UTHM-Industry Open Day 2014


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan dengan kerjasama Pejabat Hubungan Universiti & Industri dan Unit Perhubungan Awam, Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan program UTHM-Industry Open Day 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           20 Ogos 2014 (Rabu)
Masa              :           9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat          :           Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
Perasmi         :           YBhg. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah,
                                     Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Aturcara        :           Sila rujuk Lampiran


Untuk makluman YBhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan, program ini dianjurkan bertujuan mewujudkan jaringan dan hubungan kerjasama antara UTHM dan industri melalui kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan pengkomersilan produk. Di samping itu, program ini juga akan turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Memoradum Persefahaman (MOU) antara UTHM dengan beberapa agensi/industri.

Sehubungan itu, YBhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan adalah dijemput hadir bersama-sama bagi memeriahkan program ini. Kehadiran Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan akan diambilkira dalam pengiraan jam kursus/latihan.

Sekian,  terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

---- 
HAWA BINTI OMAR
Timbalan Pendaftar
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan & Perundingan (ORICC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel  : 07-4538307 l Faks : 07-4538399


ATURCARA
“UTHM-Industry Open Day 2014”
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

20 Ogos 2014 (Rabu)
Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


09.00 pagi


Ketibaan Jemputan



Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Ketibaan YBerhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah,
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi



Lagu “Negaraku”


Bacaan Doa



Upacara Aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia




Ucapan Perasmian “UTHM-Industry Open Day 2014” dan Ucaptama oleh
YBerhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah,
Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi



Tayangan Video Korporat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Majlis Menandatangani MoU Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
bersama
– Agensi Kerajaan 
– Rakan Industri



Penyampaian Cenderahati
1.00 petang

Lawatan Pameran dan Bersurai









No comments: