Tuesday, July 15, 2014

Program Ihya' Ramadhan 2014


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam dengan kerjasama KSUTHM, PERKASA, KEKAS, PENTAS dan PEJABAT HEP akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan 2014 dan di antara pengisian program adalah MAJLIS IFTAR PERDANA. Butiran majlis adalah seperti berikut :-


TARIKH   :  15 JULAI 2014 ( SELASA )
TEMPAT  :  MASJID UTHM
ATURCARA PROGRAM :
6.00 PM - TAZKIRAH RAMADHAN OLEH USTAZ MOHD ASSUBHI BIN SIDON ( PEGAWAI DAKWAH, PEJABAT KADI BATU PAHAT )
Tajuk : Penghayatan Al-Quran Dalam Kehidupan Seharian
                 - MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) PERDANA 

Sehubungan itu, YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan dijemput hadir ke MAJLIS IFTAR PERDANA tersebut bersama ahli keluarga masing-masing . Semoga dengan kehadiran YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan, majlis tersebut akan lebih diberkati oleh Allah swt di samping merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga UTHM.

Sekian, terima kasih. 


Yang benar,


FARAH DEENA BINTI MD RAPEE
Setiausaha Kelab Staf UTHM
TEL : 07-4537541

No comments: