Thursday, July 10, 2014

Syarahan Perdana Siri 1/2014


Syarahan Perdana Siri 1/2014



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 4 (  98    )                                                        7  Julai 2014

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 87 TAHUN 2014
_____________________________

MAJLIS
SYARAHAN PERDANA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana UTHM 2014 sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh          :        10 Julai 2014 (Khamis)
          Masa            :        9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
          Tempat        :        Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
                             Pemidato      :        YBhg. Profesor Dr. Devapriya Chitral Wijeyesekera
                                                         Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

2.       Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.       Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

  1. 5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100



s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan   Fasiliti dan                                 ICT)
-        Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Industri)
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


AHAR/NK/hmh/25062014/Pekeliling Am UTHM

ATURCARA
MAJLIS SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
DEWAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (DTMI)
10 JULAI 2014
**********************************************

9.00 pagi      :        Tetamu mengambil tempat

9.30 pagi      :        Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik                                        gamelan

Perarakan masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pendaftar

                   :        Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor

                   :        Bacaan Doa

:        YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana

:        Syarahan Perdana oleh Pemidato
                             YBhg. Profesor Dr. Devapriya Chitral Wijeyesekera
Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar

Tajuk Syarahan :Developments In Geotechnology From A Sustainability Perspective

:        YBhg. Naib Timbalan Canselor  (Akademik & Antarabangsa) memberi ulasan dan menutup majlis

                   :        Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana

                   :        Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

                   :        Perarakan Keluar

12.00 t/hari  :        Bersurai

No comments: