Monday, November 5, 2012

Perhimpunan Aman Wanita (HAWA) 1Malaysia dan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2012

PERHIMPUNAN AMAN WANITA (HAWA) 1MALAYSIA DAN MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN 2012 (FESTKON’12)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Syarikat Buddies Training and Consultant akan mengadakan Perhimpunan Aman Wanita (HAWA) 1Malaysia dan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2012 sepertimana ketetapan berikut : 

Tarikh       :        05 November 2012 (Isnin)
Masa         :        8.00 pagi – 4.30 petang (Lihat Tentatif)
Tempat     :        Padang Kawad, UTHM
        
3.        Program yang bakal dirasmikan oleh Y.B Senator Datuk Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mensasarkan 12 ribu orang wanita untuk berhimpun secara aman di dalam satu hari. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat wanita yang celik dan peka akan peranan serta tanggungjawab mereka. Ini secara tidak langsung dapat membentuk komuniti wanita yang berinformasi dan memiliki jaringan kemasyarakatan yang lebih meluas dan terbuka. Program ini berkonsepkan penyertaan beramai-ramai kaum wanita di Malaysia untuk berhimpun secara aman dan sekaligus mencipta sejarah untuk dicatatkan di dalam ‘‘The Malaysian Book of Record 2012”.

4.        Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian 07-4537045 / 017-3958868. Semua staf universiti adalah dijemput hadir untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. 

TENTATIF PROGRAM
PERHIMPUNAN AMAN WANITA (HAWA) 1MALAYSIA DAN MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN 2012 (FESTKON’12)
OLEH Y.B SENATOR DATUK HENG SEAI KIE
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

TARIKH            :           5 NOVEMBER 2012 (ISNIN)
TEMPAT           :           PADANG KAWAD UTHM
    

Perhimpunan Aman Wanita (HAWA) 1Malaysia

8.00 pagi           :           Pendaftaran Peserta

11.00 pagi         :           Ketibaan Wakil Media

1.30 petang       :           Ketibaan Tetamu Kehormat

2.00 petang       :           Perhimpunan HAWA bermula

2.15 petang       :           Ketibaan YBhg. Dato’ Maznah binti Hamid
                                        Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd

2.30 petang       :           Ucapan Motivasi oleh ”Iron Lady” Malaysia
                                        YBhg. Dato’ Maznah binti Hamid



Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2012 (FESTKON’12)

3.20 petang       :           Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
                                        Naib Canselor, UTHM

3.30 petang       :           Ketibaan Y.B. Senator Datuk Heng Seai Kie
                                Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

    :           Nyanyian lagu Negaraku

:           Bacaan Doa
 
:           Ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
                                        Naib Canselor, UTHM

:           Ucapan Perasmian oleh Y.B. Senator Datuk Heng Seai Kie
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

    :           Gimik Perasmian

:           Penyampaian Malaysian Book of Record Arca Kerepek 1 Malaysia

    :           Penyampaian Cenderahati

:           Lawatan Booth FESTKON’ 12

4.30 petang       :           Jamuan & bersurai




URUSETIA JAWATANKUASA INDUK MEJALIS KONVOKESYEN UTHM KE-12
PEJABAT PENDAFTAR

No comments: