Sunday, November 18, 2012


1st National Technological Exposition on Rural Innovation (TechRural 2012)

Date    :   18th - 21st November 2012
Time : 8.00 am
Place : DTII

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE EKSPO TEKNOLOGI INNOVASI DESA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA ( 1ST NATIONAL TECHNOLOGICAL EXPOSITION ON RURAL INNOVATION) -TECHRURAL 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan Ekspo Teknologi Inovasi Desa Peringkat Kebangsaan kali pertama (Techrural 2012). Butiran lengkap mengenai program tersebut adalah seperti berikut :-


Tarikh : 18 - 21 November 2012 (AHAD - RABU)
Masa : 9.00 pagi - 7.00 Petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM



3. Aktiviti - aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti Pameran dan Pertandingan Inovasi, Gerai Jualan, Derma Darah, Peluang Kolaborasi bersama industri dan sebagainya.

4. Oleh itu, semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini . Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Maklumat lanjut berkaitan ICME2012 adalah seperti di pautan ini: TECHRURAL2012.

Sekian.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,



PROF. MADYA DR. AHMAD JAIS BIN ALIMIN
Pengerusi
Jawatankuasa TechRural 2012 dan ICME 2012
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

No comments: