Friday, September 28, 2012

UTHM 20th ANNIVERSARY LECTURE SERIES



YBhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI “UTHM 20th ANNIVERSARY LECTURE SERIES”

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-20 pada tahun 2013. Dalam menjayakan sambutan ini, pelbagai acara akan dianjurkan dan di antaranya adalah siri ceramah akademik dari 20 Profesor ternama dari seluruh dunia yang dikenali sebagai “UTHM 20th Anniversary Lecture Series”.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan YBhg. Prof./tuan/puan bagi menghadiri Siri I program ini yang akan diadakan seperti mana ketetapan berikut:

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Bankuet, Dewan Utama UTHM
Penceramah : Profesor Dr. Macapado A. Muslim
Presiden, Mindanao State University System, Filipina
Tajuk : “The Need for Multicuturalist Governance in
Multietnic Countries”


4. Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, pihak YBhg. Prof./tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Shereen Sabrina Abdul Shukor (07-4533453) atau Encik Shafry Salim (07-4537025). Kami percaya kehadiran YBhg. Prof./tuan/puan ke program ini akan dapat menyerikan majlis seterusnya menyuburkan perkongsian ilmu dan intelektual dalam kalangan warga universiti.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


NAIM BIN MASLAN
Timbalan Pendaftar
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-4537023
ATURCARA MAJLIS

Atur Cara Majlis

8.30 pagi         -           Ketibaan tetamu jemputan
8.40 pagi         -           Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
8.45 pagi         -           Ketibaan YBhg. Dato' Naib Canselor dan Pemidato
8.50 pagi         -           Sesi Bergambar
9.00 pagi         -           Ucapan Alu- aluan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor      
-           Syarahan oleh Profesor Dr. Macapado A. Muslim.
Presiden Mindanao State University System Filipina
                                  "The Need For Multiculturalist Governance in Multiethnic Countries"

-           Sesi Soal Jawab

-           Penyampaian Cenderahati
11.00 pagi        -           Bersurai

No comments: