Friday, September 28, 2012

Perhimpunan Aman Bantahan Terhadap Penghinaan Nabi Muhammad (SAW)

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN AMAN BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN KEPADA
NABI MUHAMMAD (SAW) MENERUSI PENAYANGAN FILEM KONTROVERSI INNOCENCE OF MUSLIMS PERINGKAT UTHM


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa
Pusat Islam dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pendaftar dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akan menganjurkan Perhimpunan Aman Bantahan Terhadap Penghinaan Nabi Muhammad (SAW).

3.        Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan YBhg. Prof./tuan/puan bagi menghadiri perhimpunan ini yang akan diadakan seperti mana ketetapan berikut:

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 hingga 11.00 pagi
Tempat : Padang Kawad PALAPES, UTHM
Pakaian : Sukan

4. Untuk maklumat lanjut, pihak YBhg. Prof./tuan/puan bolehlah hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar (07-453 7044 / 7165). Bersama-sama ini juga dilampirkan tentatif program untuk rujukan
YBhg. Prof./tuan/puan.  Kami percaya kehadiran YBhg. Prof./tuan/puan ke perhimpunan ini akan dapat meramaikan dan seterusnya mencapai matlamat perhimpunan ini dianjurkan.

Sekian, terima kasih.


--
DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA


PEJ. HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-453 7165
TENTATIF ATUR CARA
PROGRAM PERHIMPUNAN AMAN BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN KEPADA NABI MUHAMMAD (SAW)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


7:30 pagi       -           Ketibaan Staf dan Pelajar

7:45 pagi       -           Senamrobik

8:15 pagi       -           Pidato Umum
-                      PERKASA    -           5 minit
-                      PENTAS        -           5 minit
-                      KEKAS          -           5 minit
-                      Wakil Pelajar-           10 minit

8:40 pagi       -           Ulasan Oleh Panel dari Pusat Islam

9:00 pagi      -            Penyerah Memorandum Bantahan daripada Wakil Staf dan Wakil Pelajar kepada YBhg. Dato Naib Canselor

9:10 pagi      -            Jamuan Ringan dan Bersurai

2:00 petang -            Solat Hajat Selepas Solat Jumaat

No comments: