Tuesday, June 26, 2012

Perhimpunan Kecergasan 1Malaysia UTHM Siri 4 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 41 )                                                20 Jun 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 35 TAHUN 2012
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 4 TAHUN 2012
SEMPENA PELANCARAN KEMPEN BERBASIKAL DALAM KAMPUS

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti akan menganjurkan Perhimpunan Kecergasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 1 Malaysia Siri 4 Tahun 2012 Sempena Pelancaran Kempen Berbasikal Dalam Kampus sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh                   :        26 Jun 2012 (Selasa)
                   Masa           :        8.00 pagi hingga 10.00 pagi
                   Tempat        :        Padang Kawad (UTHM)

2.       Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5.           Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/myh/19.06.2012/Pekeliling Am UTHM


TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 4 TAHUN 2012
SEMPENA PELANCARAN KEMPEN BERBASIKAL DALAM KAMPUS


Tarikh     :     26 Jun 2011 (Selasa)
Masa       :     08:00 pagi – 10:00 pagi
Tempat   :     Padang Kawad (UTHM)

7.45 pagi     :        Ketibaan Warga Universiti
7.50 pagi     :        Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
8.00 pagi     :        Program Senamrobik
8.30 pagi     :        Penyerahan Basikal kepada Pengetua Kolej Kediaman
8.45 pagi     :        Pelepasan Peserta Berbasikal (sekitar kampus)
9.30 pagi     :        Peserta Berbasikal dijangka tiba semula di Padang Kawad
            9.40 pagi       :        Jamuan dan Bersurai

No comments: