Thursday, June 28, 2012

Majlis Syarahan Perdana Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 42 )                                                22 Jun 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 36 TAHUN 2012
_____________________________

MAJLIS SYARAHAN PERDANA
PROFESOR ULUNG DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Profesor Ulung sepertimana ketetapan berikut :

          Tarikh          :        28 Jun 2012 (Khamis)
          Masa           :        9.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat        :        Bilik Seminar, Bangunan Perpustakaan (UTHM)
Pemidato     :        YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

2.       Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.       Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

4.       Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5.                 Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit




SH/myh/19.06.2012/Pekeliling Am UTHM

TENTATIF PROGRAM

MAJLIS SYARAHAN PERDANA PROFESOR ULUNG
DATYK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN


Tarikh     :     28 Jun 2011 (Khamis)
Masa       :     09:30 pagi – 12:40 tengahari
Tempat   :     Bilik Seminar 1 & 2,
                      Bangunan Perpustakaan (UTHM)



9.45 pagi               -        Ketibaan tetamu jemputan
9.50 pagi               -        Ketibaan Naib Canselor dan Pemidato
10.00 pagi             -        Nyanyian lagu Negaraku dan Gemilang
10.10 pagi             -        Ucapan aluan Naib Canselor
10.30 pagi             -        Syarahan perdana oleh Pemidato
12.30 tgh              -        Penyampaian cenderahati
12.40 tgh              -        Jamuan

No comments: