Friday, March 23, 2012

Forum Perdana Ehwal Islam sempena Majlis Multaqa Ulama' dan Ilmuwan Darul Ta’zim Kali Ke-2

Assalamualaikum wb. wbt.

Y.Bhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukcita dimaklumkan bahawa semua warga universiti dijemput untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Majlis Multaqa Ulama' dan Ilmuwan Darul Ta’zim Kali Ke-2 Bersempana Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Johor anjuran bersama pihak Kerajaan Negeri Johor, MAIJ & UTHM yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 23 hb Mac 2012
Masa   : Jam 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM.

Tajuk Forum : ”Undang-undang Islam : Penyelamat Umat Manusia”

Ahli Panel:


         -   S.S YB. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj. Harussani b. Hj.Zakariah
            Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
         -   S.S YB. Dato’ Haji Noh b. Gadut,
            Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor
         -   Y.Bhg Prof. Selamat b. Hashim,
            Pengarah C First Fakulti Tamadun Islam UTM

Moderator :         Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus,
                Pengarah Pusat Islam UTHM

Aturcara Majlis:-

8.00-8.30 malam                :        Ketibaan Dif-dif Jemputan

8.30 malam                :        Ketibaan Dif-dif VIP

8.45 malam                :        Bacaan Doa Pembukaan oleh       
                                As Syeikh Haji Baharin b. Jalal
                                Kadi Daerah Batu Pahat

9.00 malam- 10.45 malam :          FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

10.45-11.00 malam       :        Sesi Soal Jawab

11.00 malam                :        Jamuan Orang Ramai/ Bersurai

Forum Perdana Ehwal Islam ini merupakan sebahagian dari program sempena Majlis Multaqa Ulama' dan Ilmuwan Darul Ta’zim Kali K-2 yang akan diadakan pada 27 hb Mac 2012 (Selasa).

Sehubungan itu, semua warga kampus dijemput hadir ke majlis tersebut.  Semoga dengan kehadiran Y.Bhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan majlis ilmu ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah
Pusat Islam

Tel : +607-453 3351
E-mail: dawilah@uthm.edu.my

No comments: