Thursday, October 27, 2011

Program Eksplorasi ICT bersama Angkasawan Negara


Program Eksplorasi ICT bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
"Revealing Earth and Cosmos with Information and Communication Technologies"


Tarikh : 27 Oktober 2011, Khamis.

Masa : 8:00Pagi - 1:00Tengahari

Tempat : Dewan Kuliah 1, Perpustakaan UTHM(Aras Bawah)




PENGENALAN

Kelab Teknologi Maklumat (ITC) adalah merupakan sebuah kelab pelajar yang ditubuhkan untuk pembangunan sahsiah pelajar disamping kecermerlangan akademik dan bernaung di bawah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM.

Program "Revealing Earth and Cosmos with Information and Communication Technologies" adalah merupakan cadangan program daripada ITC bersempena Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-11 yang bakal berlangsung pada 26 Oktober 2011 sehingga 18 November 2011.

Pada Konvokesyen kali ini, tema yang bakal ditampilkan adalah berkenaan "Innovation and Futuristic". Justeru itu, pihak ITC berpendapat bahawa program yang bakal dianjurkan ini adalah sejajar dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan.

Matlamat utama program seumpama ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kesedaran kepada warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan khususnya kepada warga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat betapa Teknologi Maklumat (IT) sangat memainkan peranan yang penting dalam mengkoordinasi ruang angkasa dan kaitannya dengan alam sekitar. Program ini juga dilanjutkan untuk masyarakat setempat dalam usaha membudayakan ICT dikalangan mereka. Seterusnya, pihak kami ingin berkongsi bagaimana melalui teknologi ICT ianya dapat mengeksploitasi pelbagai maklumat mengenai fenomena alam sekitar untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Eksplorasi teknologi ICT ini akan dipersembahkan dalam bentuk sesi perkongsian pengalaman yang akan disampaikan oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Disamping itu pameran berkenaan dengan teknologi ICT dan Aero-Angkasa juga akan diadakan sepanjang program yang dicadangkan.

TENTATIF PROGRAM


Tarikh
Masa
Program

27 /10/ 2011

(KHAMIS)
8.45 pg

8.55 pg





10.00 pg

10.30 pg

11.00 pg

12.15 tgh

- Ketibaan pelajar dan staf

- Ketibaan tetamu kehormat dan Angkasawan Negara

- Bacaan Doa

- Ucapan Aluan Dekan FSKTM

- Sesi 1 : Eksplorasi Angkasawan Negara Ke Angkasa Lepas - Suatu Perkongsian Pengalaman

- Minum Pagi

- Sesi Fotografi

- Sesi 2 : Revealing Earth and Cosmos With ICT

- Penyampaian Cenderamata dan Bersurai

No comments: