Tuesday, October 11, 2011

Majlis Syarahan Perdana UTHM Siri 7/2011


'Majlis Syarahan Perdana UTHM Siri 7/2011'

Tarikh : 11 Oktober, 2011

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Tajuk Syarahan : "UTHM Aeronautics And The Secret In Helicopter Flying"

Penceramah : YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Abas bin Abdul Wahab

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/5/1 ( 84 ) 7 Oktober 2011



_____________________________



PEKELILING AM BIL. 74 TAHUN 2011

_____________________________



MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 7 TAHUN 2011



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 7 Tahun 2011 sebagaimana ketetapan berikut :



Tarikh : 11 Oktober 2011 (Selasa)

Masa : 8.15 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Pemidato : YBhg. Profesor Dr. Haji Abas bin Abdul Wahab

Ketua Jabatan Aeronautik,

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Tajuk : “UTHM Aeronautics And The Secret In Helicopter Flying”



2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.



3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan.



4. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.



5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,







SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' : 07-4537100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/myh/4.10.2011/Pekeliling Am UTHM







ATURCARA

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 7 TAHUN 2011

11 OKTOBER 2011

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

**********************************************





8.15 pagi : Ketibaan Ahli Senat ke Dewan 1

(Refreshment dan Pemakaian Jubah)



8.30 pagi : Ketibaan TNC, Pendaftar dan Pemidato di Bilik Menunggu VIP

(Refreshment dan Pemakaian Jubah)



Staf dan Tetamu mengambil tempat di dalam dewan



8.40 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor di Bilik Menunggu VIP



8.50 pagi : Sesi Bergambar Pemidato bersama Ahli Senat



9.00 pagi : Perarakan masuk Ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik

gamelan



Perarakan masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh TNC (A&A), TNC (P&I) dan Pendaftar



: Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Bangsa Johor



: Bacaan Doa



: YBhg. TNC (A&A) memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana



: Syarahan Perdana oleh Pemidato YBhg. Profesor Dr. Hj. Abas

bin Abdul Wahab dengan tajuk "UTHM Aeronautics And The Secret In Helicopter Flying"



: Penyampaian Ulasan Syarahan oleh YBhg. TNC (A&A)



: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UTHM



: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM



: Perarakan keluar Naib Canselor, TNC, Pendaftar dan Pemidato



: Perarakan keluar ahli senat



: Sesi bergambar Pemidato bersama staf dan pelajar fakulti



11.30 pagi : Jamuan dan Bersurai

No comments: