Wednesday, June 29, 2011

Seminar Teknologi Nano ”Research and Future Catalysts”

Y. Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR TEKNOLOGI NANO “RESEARCH AND FUTURE CATALYSTS”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program Seminar Teknologi Nano ”Research and Future Catalysts” seperti berikut:

Tarikh : 29 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Galeri Ilmu FSTPi

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Y. Bhg Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri seminar tersebut. Untuk pengetahuan Y. Bhg Prof./Dr./Tuan/Puan, penceramah jemputan bagi seminar ini adalah Prof. Dr. Hadi Nur dari Universiti Teknologi Malaysia. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi ahli jawatankuasa seminar di talian tertera di bawah.


Terima kasih.

“DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA”

Mohd Zul Hilmi Mayzan
AJK Seminar Teknologi Nano "Research and Future Catalyst"
Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.
EXT : 7959

No comments: