Friday, June 17, 2011

Hari UNESCO 2011 "International Day : World Day to Combat Desertification and Drought"


Y. Bhg. Prof., Dr., Tuan, Puan,

JEMPUTAN KE ”INTERNATIONAL DAY : WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION AND DROUGHT” 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Selaras dengan "Prinsip-prinsip Dasar Alam Sekitar Negara" iaitu “Penjagaan alam sekitar dan Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa”, pihak FKMP telah di beri mandat untuk menjayakan program seperti yang disebut di atas. Program yang pada dasarnya berada di bawah ketetapan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah mula diperkenalkan dalam Resolusi Perhimpunan Am Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) A/RES/49/115 pada 30 Januari 1995. Ianya bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa sesuatu masalah alam sekitar yang berlaku di sesebuah negara di dunia itu bukanlah sahaja masalah kepada negara tersebut, tetapi adalah juga masalah global yang harus difikirkan bersama-sama. Sesuai dengan "Strategi Hijau Malaysia", iaitu “Pendidikan dan kesedaran” tentang pentingnya penjagaan dan pengurusan alam sekitar, penganjuran program ini diharap dapat menjadi satu medium permulaan bagi mewujudkan satu persekitaran yang yang bukan sahaja baik untuk kehidupan manusia di bumi malahan juga baik untuk kehidupan seluruh makhluk makro mahupun mikro yang menumpang teduh di dalamnya.

3. Justeru dengan itu, sebagai salah satu langkah pemberitahuan dan peringatan agar setiap warga UTHM dapat melapangkan jadual masing-masing pada hari tersebut bagi memberi sokongan serta isyarat bahawa kita semua prihatin terhadap masalah persekitaran kita, maka dengan rasa rendah diri, sukalah pihak penganjur memaklumkan kepada Y. Bhg. Prof., Dr., Tuan, Puan tentang program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Program : “INTERNATIONAL DAY : WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION AND DROUGHT” UTHM 2011
Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat)
Tempat : Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Masa : 7.30 pagi sehingga 4.30 petang
Aktiviti utama : Larian Hijau, Forum Perdana dan Gotong-royong

4. Memandangkan ini hanyalah sebagai makluman am, maklumat aktiviti secara terperinci akan dimaklumkan kemudian.

5. Segala perhatian dan kerjasama baik dari Y. Bhg. Prof., Dr., Tuan, Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama-samalah kita berusaha ke arah kewujudan alam persekitaran yang lebih baik untuk warisan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

--
Nik Hisyamudin Muhd Nor
Penyelaras
International Day : World Day to Combat Desrtification and Drought 2011
Department of Materials and Design Engineering
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia.
Tel: 07-453 7716 / 012-768 4835



ATURCARA PROGRAM
UNESCO INTERNATIONAL DAY 2011
“WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION AND DROUGHT”
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

17 JUN 2011 (JUMAAT)
DEWAN TERBUKA, UTHM

ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT
7.30 pagi Pendaftaran peserta Larian Hijau (Staf dan Pelajar Sekolah) Dataran Anggerik
7.35 pagi Senaman ringan Padang Kawad
7.50 pagi Acara Larian Hijau Sekitar UTHM
9.00 pagi Kehadiran staf UTHM dan jemputan Dewan Terbuka
9.20 pagi Ketibaan Y.Bhg. Prof. Dato’ Mohd Noh bin Dalimin dan Panel Forum
9.25 pagi Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Bangsa Johor’
9.28 pagi Bacaan Doa
9.30 pagi Ucapan alu-aluan Dekan FKMP
9.45 pagi Ucapan perasmian Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
10.15 pagi Forum bertajuk “Isu-isu alam sekitar di Malaysia serta peranan pihak kerajaan, NGOdan masyarakat dalam mengatasinya” Panel Forum :1. Dr. Gary W.Theseira, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; dan, 2. Prof. Madya Dr. Maketab Mohamed, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Cawangan Johor)
12.00 t/hari Penyampaian hadiah dan cenderahati
12.10 t/hari Nyanyian lagu ‘Gemilang UTHM’
12.15 t/hari Lawatan ke tapak pameran
12.30 t/hari Jamuan tengahari dan bersurai Dewan 1 dan Dataran Anggerik

* Pameran, jualan pokok dan buah-buahan akan berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang*

No comments: