Friday, January 14, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Tuan Haji Mohd. Nor Bin Ihkasan
Ketua unit UCiTV

Tuan,

PERMOHONAN KHIDMAT RAKAMAN VIDEO UNTUK PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan Bola Sepak Tunku Mahkota Johor dan PAsukan Bola Sepak UTHM akan diadakan pada 14 Januari 2011. Perlawanan ini akan disertai sendiri oleh Tunku Mahkota Johor.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk membuat rakaman sepanjang perlawanan persahabatan tersebut berlangsung. Maklumat mengenai perlawanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 4.45 petang
Tempat : Padang Seri Gelam, Johor Bahru

Kerjasama serta perhatian yang diberikan oleh pihak tuan/puan berkaitan perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekain.

DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA

Yang benar,
SHAFRY SALIM
Pegawai Perhubungan Awam

No comments: