Monday, January 31, 2011

Majlis Amanat Tahun Baru 2011 Oleh Naib Canselor UTHM



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 ( 7) 27 Januari 2011

____________________________

PEKELILING AM BIL. 7 TAHUN 2011

_____________________________


MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2011 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2011 oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII),UTHM

2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah DIWAJIBKAN HADIR ke Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2011 tersebut untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang dianjurkan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof./Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k. - Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Penolong-Penolong Naib Canselor
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/myh/25.01.2011/pekeliling am


ATURCARA MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2011
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

31 JANUARI 2011 (ISNIN)

**********************************************

8.30 pagi : Ketibaan staf dan pegawai universiti

8.40 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

8.45 pagi : Aluan Pengacara Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Bangsa Johor
: Bacaan Doa
8.55 pagi : Ucapan aluan Pengarah Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti
9.00 pagi : Perutusan Tahun Baru 2011 oleh : Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

11.00 pagi : Majlis penyerahan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Kumpulan CAPs IPMO UTHM bagi tahun 2010
11.30 pagi : Tayangan multimedia bagi pelancaran Sistem SACAD V2.0
11.40 pagi : Pelancaran Sistem SACAD V2.0
11.45 pagi : Majlis penyerahan sijil penghargaan kepada penyelaras PTj SACAD bagi tahun 2010
12.15 t/hari : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
12.00 t/hari : Jamuan ringan dan majlis bersurai

No comments: