Thursday, August 5, 2010

PROGRAM WAKAF AL-QURAN SEMPENA PROGRAM KEMPEN MEMBACA AL-QURAN : 1 MAHASISWA 1 AL-QURAN

Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan



PROGRAM WAKAF AL-QURAN SEMPENA PROGRAM

KEMPEN MEMBACA AL-QURAN : 1 MAHASISWA 1 AL-QURAN



Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.



2. Untuk makluman Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan, Pusat Islam akan menganjurkan program Kempen Membaca Al-Quran : 1 Mahasiswa 1 Al-Quran disepanjang bulan Ramadhan 1431H. Program ini bertujuan untuk menyeru warga Universiti, khususnya mahasiswa/i supaya berusaha mendalami ilmu al-Quran serta meningkatkan amalan membaca al-Quran disepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak yang akan bermula pada 11 Ogos 2010.



3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati mengalu-alukan kepada semua warga Universiti untuk mewaqafkan al-Quran yang akan digunakan oleh mahasiswa/i di dalam program ini dan seterusnya melalui kaedah berikut:



i. Mewaqafkan Al-Quran dan Terjemahan, terbitan Pustaka Darul Iman berharga RM30.00 senaskah. Pembelian akan diuruskan oleh Pusat Islam atau Ustaz Abdul Aziz bin Ahmad yang boleh dihubungi di sambungan 7494/7495.



ii. Sekiranya Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan berhasrat untuk membeli sendiri al-Quran yang akan diwakafkan, al-Quran yang dibeli hendaklah Al-Quran dan Terjemahan, resam Uthmani.



4. Semua sumbangan boleh diserahkan di Pejabat Pusat Islam disepanjang bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud apabila matinya anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim.



Sekian, segala kerjasama Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan berikan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar



PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS

Pengarah Pusat Islam





Cik Azlinda Binti Ahmad@Salleh

Setiausaha Pejabat(Kanan)

074537498

azlin@uthm.edu.my

No comments: