Saturday, August 7, 2010

Majlis Rewang Warisan Sempena Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010

JEMPUTAN KE MAJLIS REWANG WARISAN SEMPENA PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Prof/tuan/puan, Universiti akan menganjurkan Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010 yang akan diadakan 6 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Parit Bakar, Muar, Johor. Bersempena dengan program tersebut satu Majlis Rewang Warisan akan diadakan dan dijangkakan akan dihadiri oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

3. Sehubungan itu, YBhg. Prof/tuan/puan adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota
Parit Bakar, Muar, Johor.
Pakaian : Kebangsaan

Kehadiran YBhg. Prof/tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis rewang tersebut dan kerjasama serta perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof/tuan/puan berkaitan perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SHAFRY BIN SALIM
Unit Perhubungan Awam

No comments: