Tuesday, June 8, 2010

Majlis Perhimpunan Bulanan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (36) 3 Jun 2010

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 36/2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.6/ 2010, PROGRAM SENAMROBIK, GOTONG ROYONG PERDANA
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN BERSAMA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL, PUSAT PENGAJIAN
DIPLOMA DAN PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

2. Pusat tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan bagi mengadakan kaunter khidmat pelanggan pada kali ini adalah Fakulti Pendidikan Teknikal , Pusat Pengajian Diploma dan Pusat Pembangunan Akademik seperti ketentuan berikut :

Senamrobik dan Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 08 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Bangunan Baru Perpustakaan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 08 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bangunan Baru Perpustakaan

3. Pengangkutan ke bangunan baru Perpustakaan akan disediakan. Oleh itu, kerjasama semua staf dimohon untuk berkumpul di Dewan Terbuka sebelum jam 7.45 pagi bagi menaiki bas menuju ke bangunan baru Perpustakaan.

4. Semua staf diwajibkan hadir dan dikehendaki merekodkan kedatangan. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pengawas Peperiksaan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof.Dato’/Prof./tuan/puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
GOTONG ROYONG PERDANA


7.30 pagi : Staf menaiki bas Universiti di Dewan Terbuka

7.45 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai kanan Universiti

7.50 pagi : Senamrobik

8.30 pagi : Aluan Pengacara Majlis

• Nyanyian Lagu Negaraku

• Nyanyian Lagu Bangsa Johor

• Bacaan Doa

: Ucapan Amanat Bulanan oleh :
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

• Nyanyian Lagu UTHM


9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan
- PPD, PBA dan FPTek

: Jamuan Ringan

: Gotong Royong Perdana

12.00 tengahari : Bersurai
- Staf menaiki bas disediakan ke Dewan Terbuka

No comments: