Thursday, June 10, 2010

Konvoi Berkereta Akhbar Sinar Harian

Konvoi Berkereta Akhbar Sinar Harian

YBhg. Prof./Tuan/Puan,



PROGRAM KONVOI BERKERETA AKHBAR SINAR HARIAN EDISI JOHOR KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)



Sukacita dimaklumkan bahawa Akhbar Sinar Harian terbitan Karangkraf Sdn. Bhd. akan mula diterbitkan dalam Edisi Johor mulai pertengahan Jun ini.



2. Oleh itu, bagi tujuan promosi dan memperkenalkan akhbar ini kepada warga Johor, pihak penerbit akhbar Sinar Harian akan mengadakan konvoi berkereta yang terdiri daripada 40 orang karyawan dan wartawan dan akan singgah di UTHM bagi mengedarkan secara percuma naskhah akhbar Sinar Harian kepada warga UTHM. Konvoi akan singgah di UTHM seperti maklumat berikut:



Tarikh : 10 Jun 2010 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka UTHM

Peserta : Konvoi 18 kereta dengan 40 orang karyawan dan wartawan Sinar Harian.

Aturcara Program :

Ucapan wakil Konvoi Sinar Harian
Penyampaian Cenderahati



3. Sehubungan itu, semua warga UTHM dijemput hadir untuk meraikan konvoi tersebut sekaligus mendapatkan naskhah percuma yang bakal diedarkan.



Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

Noorhafiza Ismail
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7026
Faks: 07-453 6177

No comments: