Tuesday, April 27, 2010

Seminar "Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang" Peringkat Negeri Johor


Assalamualaikum...

Yg. Bhg. Prof. Dato’/ Prof /Tuan /Puan,

MOHON PELEPASAN STAF UNTUK MENYERTAI SEMINAR ”KELUARGA CEMERLANG, UMMAH GEMILANG” ANJURAN PUSAT ISLAM UTHM DENGAN KERJASAMA JABATAN AGAMA JOHOR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Johor akan menganjurkan program tersebut di atas iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 April 2010
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

3. Sehubungan dengan itu, staf di bawah seliaan Yg. Bhg. Prof. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan, telah mendaftarkan diri untuk menyertai seminar anjuran pihak kami. Dipohonkan kerjasama Yg. Bhg. Prof. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan, agar dapat memberi pelepasan tugas kepada mereka yang terlibat iaitu seperti nama dilampiran.


Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,



PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7491

No comments: