Monday, April 12, 2010

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (25) 7 April 2010

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 25/2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

2. Pusat Tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan bagi mengadakan kaunter khidmat pelanggan pada kali ini adalah Fakulti Sains Sastera dan Warisan (FSSW), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), dan Pusat Pengajian Siswazah seperti ketentuan berikut:

Senamrobik dan Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 12 April 2010 (Isnin)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Parkir Masjid
Pakaian : Pakaian Sukan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 12 April 2010 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dataran Terbuka

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan dan berkunjung ke Kaunter Khidmat Pelanggan jika ada sebarang kemusykilan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/fs/07042010/pekelilingpengurusan



****************************************


ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
ANJURAN FSSW, FKAAS DAN PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH


7.45 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai Universiti

7.50 pagi : Senamrobik

8.30 pagi : Aluan Pengacara Majlis

-Nyanyian Lagu Negaraku

-Nyanyian Lagu Bangsa Johor

-Bacaan Doa

: Ucapan Amanat Bulanan oleh :
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

-Nyanyian Lagu UTHM

: Jamuan Ringan : VIP di Dataran Anggerik
: Staf di Dataran Terbuka

9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan dibuka di Dataran
Terbuka

12.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan ditutup

No comments: