Monday, July 21, 2008

Program Karnival Ilmu 2008 anjuran Perpustakaan UTHM

Yg. Bhg. Prof.Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita di maklumkan, Perpustakaan UTHM sedang mengadakan program Karnival Ilmu 2008 selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Julai 2008. Sepanjang program ini di jalankan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan seperti program bersama Adi Putra , pameran buku, pameran Perpustakaan dan juga gerai-gerai jualan yang boleh di kunjungi bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Maklumat penuh acara dan aktiviti adalah seperti di lampiran.

Sehubungan dengan itu, Yg. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan di jemput dan di alu-alukan untuk ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dataran Anggerik sepanjang 21 hingga 23 Julai 2008 ini untuk memeriahkn lagi program Karnival Ilmu 2008.

Sekian, terima kasih

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Suhaimi Mohd Sukor

Pengarah

Program Karnival Ilmu 2008

Perpustakaan UTHM

4537165

suhaimi@uthm.edu.my

No comments: