Tuesday, July 29, 2008

Karnival Aktiviti Pelajar & Pertandingan Debat 2008

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA KARNIVAL AKTIVITI PELAJAR DAN PERTANDINGAN DEBAT 2008

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan mengadakan Karnival Aktiviti Pelajar dan Pertandingan Debat 2008. Antara Objektif utama program ini ialah mempromosi kelab-kelab pelajar kepada pelajar-pelajar baru sesi 2008/2009.

3. Untuk makluman tuan program tersebut akan berlangsung sebagaimana butiran berikut :-

Tarikh : 29 - 31 Julai 2008
Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

4. Sehubungan itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar ingin menjemput UCiTV untuk membuat liputan ketika berlangsungnya program tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program dan tentatif majlis perasmian penutup Karnival Aktiviti Pelajar dan PErtandingan Debat 2008 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

5. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar
HAIRUL NIZAT BIN SIBAN
b/p Timbalan Pendaftar
HEP

No comments: