Tuesday, June 24, 2025

Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2025 UTHM



 JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Profesor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina akan mengadakan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2025 UTHM yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Adnan bin Zainorabidin seperti maklumat berikut:-


Tarikh             : 24 Jun 2025 (Selasa)

Masa               : 10.00 pagi 

Tempat           : Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Tajuk              : “Challenges in Tropical Peatland Engineering for Sustainable Development"

Pakaian          : Rasmi


3.    Sehubungan itu,  YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari dijemput untuk bersama-sama hadir ke majlis ini seperti ketetapan di atas. Kehadiran ke majlis ini akan diambil kira dalam keperluan jam latihan yang merupakan salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Staf dan akan direkodkan melalui sistem QR Code.


4.    Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan majlis ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di e-mel mpu@uthm.edu.my atau berhubung terus di talian 019-7678910 (urus setia).


Sehubungan itu, semua warga universiti dijemput hadir ke program tersebut. Penyertaan  YBhg. Prof./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"


Majlis Profesor Universiti

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Wednesday, June 18, 2025

Sesi Perkongsian Ilmu: Train The Trainer (TTT) and Trainer’ Development Framework (TDF) (Accreditation)




 JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN ILMU: TRAIN THE TRAINER (TTT) AND TRAINERS’ DEVELOPMENT FRAMEWORK (TDF) (ACCREDITATION)


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM Bitara dengan kerjasama HRD Corp berbesar hati menjemput YBhg. Prof. / Tuan / Puan ke SESI PERKONGSIAN ILMU: TRAIN THE TRAINER (TTT) AND TRAINERS’ DEVELOPMENT FRAMEWORK (TDF) (ACCREDITATION) seperti ketetapan berikut:

Tarikh            : 18 Jun 2025 (Rabu)
Masa              : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat          : Bilik Seminar (QB-203B), Aras 2, Blok QB, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE), UTHM
Penceramah : Cik Siti Amira Shafika Shafie, 
                         Pegawai Eksekutif (Jaringan Industri), Perbadanan Sumber Manusia (HRD Corp.), Pejabat Wilayah Selatan

Tuesday, June 17, 2025

Pertandingan Robocon Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan







 

Pertandingan Robocon Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 17-19 Jun 2025 (Selasa-Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Thursday, May 29, 2025

Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025




 JEMPUTAN PROGRAM TRANSFORMASI JERAYAWARA DIGITAL TVET 2025

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025 kepada seluruh warga UTHM akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh            : 29 Mei 2025 (Khamis)

Masa              : 2.00 Petang

Tempat          : Dewan Sultan Ismail, UTHM

Aturcara        : Seperti di lampiran

         

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan transformasi digital TVET UTHM bagi menyediakan satu ekosistem yang mampan dan selamat, mencukupi kemudahan infrastruktur, infostruktur program akademik dan pembudayaan yang komprehensif di UTHM.

 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai jerayawara tersebut. Kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / amat diharapkan bagi menjayakan jerayawara ini.

TVET Digital Capacity Building Workshop



 TVET Digital Capacity Building Workshop

Tarikh : 29 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Big Stage, Level 2, PTTA

AI in TVET – Learn how AI is transforming teaching and learning.

Deep Learning – Explore real-world applications from research to industry.

Q&A with Experts – Get your questions answered by digital TVET experts.

Wednesday, May 28, 2025

Global Digital TVET Transformation @Summit 2025 (DOTS25)



 Global Digital TVET Transformation @Summit 2025 (DOTS25)

Tarikh : 28-29 May 2025 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Impiana KLCC Hotel & Dewan Sultan Ibrahim

Monday, May 26, 2025

Program Executive Meet & Greet (EMG) Siri 1/2025 UTHM



 Program Executive Meet & Greet (EMG) Siri 1/2025 UTHM

Tarikh       :     26 Mei 2025 (Isnin)
Masa        :      9:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat    :      Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (Jemputan Fizikal)
Pakaian   :      Baju Korporat UTHM (Kelabu)
Platform  :     Youtube UTHMTV (Warga UTHM) 

Wednesday, May 21, 2025

Sesi Libat Urus LHDN Johor Bersama Pejabat Bendahari UTHM




 Sesi Libat Urus LHDN Johor Bersama Pejabat Bendahari UTHM

Tarikh : 21 Mei 2025 (Rabu) Masa : 8.15 Pagi Tempat : Galeri Ilmu, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK)

Monday, May 5, 2025

The 8th International Conference on Technology Management, Business and Entrepreneurship 2025 ( The 8th ICTMBE 2025)

 








The 8th International Conference on Technology Management, Business and Entrepreneurship 2025 ( The 8th ICTMBE 2025)

Tarikh : 5-6 Mei 2025 (Selasa-Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Opero Hotel Southkey, Johor Bahru

Wednesday, April 23, 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 UTHM Dan Majlis Penghargaan Petugas Konvokesyen

 


Tarikh :  23 April 2025 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sulatan Ibrahim

PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 berkaitan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DAN MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS KONVOKESYEN untuk perhatian dan tindakan pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Semua staf DIJEMPUT HADIR mengikut penempatan masing-masing bagi menunjukkan komitmen dalam menjayakan program anjuran Universiti. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan, sekretariat ada menyediakan ruang bagi mana-mana staf yang ingin berkongsi rezeki dengan membawa juadah sebagai potluck untuk dikongsi bersama dengan staf yang lain di majlis tersebut. Sumbangan juadah boleh diberikan kepada pihak sekretariat semasa hari majlis berlangsung.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.



"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

Bahagian Governan dan Pengurusan Dasar
Pejabat Pengurusan Organisasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)