Sunday, November 17, 2024

Program e-Jerayawara Pejabat Penasihat Undang-undang (Siri 1)




 JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM e-JERAYAWARA PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG (SIRI 1)

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan Pejabat Penasihat Undang-undang akan mengadakan Program e-Jerayawara Pejabat Penasihat Undang-undang (Siri 1) seperti butiran berikut :

 

Tarikh        :    17 November 2024 (Ahad)

Masa          :    10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Pautan       :    https://bit.ly/e-Jerayawara_PPUU_UTHM_Siri1_17Nov2024

 

3.    Objektif penganjuran program ini adalah sebagai medium untuk memberi peluang kepada para pelanggan berinteraksi dengan warga kerja Pejabat Penasihat Undang-undang bagi mengemukakan persoalan dan mendapatkan penjelasan berkaitan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pengurusan perundangan di UTHM seperti maklumat berikut :

 

i.           Perkembangan terkini undang-undang berkaitan urus tadbir universiti

ii.          Pengurusan tatatertib staf dan pelajar

iii.         Pengurusan kerjasama universiti (MoU / MoA / LoI / NDA)

iv.         Pengurusan ganti rugi cuti belajar

v.          Isu-isu perundangan universiti

 

4.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami supaya pihak YBhg. Prof. / tuan / puan dapat bersama-sama hadir ke program ini.  Kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof. / tuan / puan saya dahului dengan ucapan  terima kasih.

 

Sekian.


 

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"


Yang benar

 

 

 

NORLIAH BINTI YAAKUB

Penasihat Undang-undang

) 07-4537871

No comments: