Thursday, August 8, 2024

Malaysian Varsity Silat Championship and International Invitation 2024



Malaysian Varsity Silat Championship and International Invitation 2024


Taklimat Pengurus Pasukan
Tarikh : 8 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim

Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh : 11 Ogos 2024 (Ahad)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Dengan rasa sukacitanya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Malaysian Varsity Silat Championship and International Invitation 2024. Kejohanan ini akan berlangsung pada 8 hingga 11 Ogos 2024 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pusat Sukan Tumpuan (PST) Silat KPT-UTHM yang diterajui oleh Pusat Sukan Universiti, UTHM dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia. Sebanyak 30 pasukan dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand akan bersaing dalam kejohanan ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyaksikan pertandingan silat yang penuh aksi dan berkualiti ini.

#pusatsukanuniversiti
#UTHMathletewarriors
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals

No comments: