Tuesday, June 25, 2024

International Research And Innovation Symposium Competition (RISE) 2024

 






Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan International Research And Innovation Symposium Competition (RISE) 2024 seperti butiran berikut :-
           
            Tarikh                                              :           25 hingga 26 Jun 2024
            Pengumuman Anugerah      :           26 Jun 2024
            Tempat                                           :           Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, Batu Pahat, Johor
            Tarikh Tutup Pendaftaran    :           31 Mei 2024
3.   Untuk makluman, RISE 2024 merupakan acara tahunan yang dijalankan di UTHM bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan di institusi pengajian tinggi. Acara ini memberi ruang perkongsian idea  dalam kalangan penyelidik dan pencipta berkaitan produk dan inovasi yang dihasilkan. 
4.      Pihak UTHM sangat berbesar hati menjemput semua penyelidik dan pelajar daripada seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia, Kolej dan Sekolah Vokasional (Kolej Komuniti / IKBN/ ILP/ Politeknik/ Giat Mara/ IKM/ ADTECH/ KKTM/ Sekolah Rendah/ Menengah) untuk menyertai RISE 2024. Maklumat lanjut berkaitan RISE 2024, pendaftaran dan yuran penyertaan boleh dirujuk di laman sesawang RISE 2024 di pautan https://icc.uthm.edu.my/rise/rise-2024.
5.     Bersama-sama ini dilampirkan poster RISE 2024 untuk rujukan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang maklum balas dan pertanyaan boleh diajukan kepada sekretariat RISE 2024,           En. Muhamad Shafiq Nor bin Mazlan (+6019-7444427) atau En. Mohd Raimi bin A. Samat (+6019-7521183) atau emelkan kepada riseuthm@gmail.com  
Segala komitmen dan kerjasama daripada pihak  YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
“MALAYSIA MADANI”
Yang benar,
PROF. Ts. Dr. NORZILA BINTI OTHMAN
Pengarah,
Pusat Inovasi dan Pengkomersialan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
07-453 4817

No comments: